dikendalikan oleh   
Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Internet (PI) di kawasan saya?

Pemilihan lokasi PI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.

Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Internet (PI)?

Proses pelaksanaan PI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.

Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Internet? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Internet ini?

Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.

Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet (PI)?

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Internet (PI)?

Penggunaan PI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet (PI)?

Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet (PI)?

Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.

Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Internet (PI). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?

Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Apakah perbezaan di antara Pusat Internet (PI) dengan cybercafe sediada?

Setiap penggunaan komputer PI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.