dikendalikan oleh   

TASKA/TADIKA (Kemas)

Di Felda Sri Jaya Bukit Serampang terdapat 2 buah pusat asuhan kanak-kanak iaitu Tadika untuk anak-anak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun bagi memulakan proses pembelajaran awal di sekolah.Taska pula untuk anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas untuk di jaga atau di asuh ketika ibu atau ayah bekerja.

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JAYA

Majoriti pelajar adalah anak-anak, cucu dan cicit penduduk Felda ini sendiri. Sekolah ini mengajar mereka dari darjah 1 hingga darjah 6.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SRI LANANG

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sri Lanang mula dibuka pada tahun 1969 dengan permulaan murid seramai 370 orang anak murid yang mana pelajar-pelajarnya terdiri dari kawasan kampong sekitar iaitu kg. durian chondong, kg. sri jaya dan kg.sri ledang.

KOLEJ/UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA BERDEKATAN

Kolej Vokasional Segamat

Sebuah kolej kemahiran yang bagus dan ramai pelajar dari kampong sri jaya belajar di sini. Dibina pada 26 Oktober 1983 dan siap sepenuhnya pada 25 Mac 1986 Kos pembinaannya berjumlah RM 18 juta di bawah ProjekPembangunan Asia. Keluasan 10 Hektar Dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Segamat Projek naik taraf dari Sekolah Menengah Vokasional ke SekolahMenengah Teknik telah dilaksanakan pada tahun 1999. Bertukar semulake SM Vokasional pada 20l0 bertujuan memartabatkan pendidikan vokasional. Kos berjumlah RM 7.19 juta telah digunakan melalui Projek Bank Pembangunan Asia( ADB ) 4.

Kolej Komuniti Ledang, Sagil

Sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan program sijil sepenuh masa & kursus pendek.Kolej komuniti ledang ditubuhkan untuk memenuhi kehendak social dan keperluan tenaga pekerja selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan ramai pekerja mahir.

Kolej Komuniti Ledang

KM5 Jalan Payamas,
84900 Tangkak
Johor Darul Takzim.
No. Telefon (am) : 606 9789295/606 9789834
No. Telefon (Pengambilan) : 606 9783597
No. Telefon (Kursus Pendek) : 606 9791682
Faks : 606 9791682