dikendalikan oleh   

NAMA DAN SEJARAH KAMPONG FELDA SRI JAYA (POPULASI)

Kampung Felda Sri Jaya , Bukit Serampang asalnya merupakan sebuah tanah rancangan Felda dengan nama Felda Bukit Serampang. Peringkat pertama yang awalnya di buka ialah pada 20 Januari 1960 dengan seramai 119 orang peneroka. Peringkat kedua di buka pada 12 April 1963 dengan seramai 115 orang peneroka. Pada 3 Ogos 1964 Peringkat ketiga pula di buka dengan kehadiran 137 peneroka dan akhir sekali Peringkat keempat di buka pada 19 Februari 1972 dengan 37 orang peneroka yang dating sehingga kini seramai 408 buah rumah peneroka terdapat di kampong ini . Mulai tahun 2000, satu lipatan sejarah baru di cipta apabila Felda Bukit Serampang telah di iktiraf menjadi sebuah perkampungan oleh kerajaan Johor dengan namanya Kg. Felda Sri Jaya.Penambahan rumah penempatan baru bagi generasi baru di bina dan di infrastruktur semula dan kini Felda ini menjadi sebuah penempatan yang besar dan maju.Kesemua penduduk adalah beragama islam.

PARLIMEN,DUN

Y.A.B Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Md. Yassin

(PARLIMEN PAGOH)

Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Bin Mohamed

(ADUN BUKIT SERAMPANG MERANGKAP EXCO PERTANIAN DAN ASAS TANI JOHOR. )

JKKK

Pengurus felda : En. Raya Bin Abd Rahman
Ketua kampung : En.Abd Ghani Bin A. Molok