dikendalikan oleh   

PROGRAM AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2017

Program Santai Sehati Sejiwa Parlimen Pagoh Pada 10 November 2017

Pihak PI Felda Sri Jaya mendapat jemputan dari Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Bin Mohamed untuk bersama-sama memenuhi jemputan ke program tersebut. Aktiviti yang di jalankan seperti Senamrobik, Sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan juga cabutan bertuah. Perasmian majlis di rasmikan oleh Yang Berhormat sendiri.

Program Perasmian Dan Hari Komuniti Pi Felda Sri Ledang Pada 17 November 2017

Program Hari perasmian PI Felda Sri Ledang yang turut di bantu oleh PI felda Sri Jaya dan PI Felda Lenga untuk menjayakan program ini.Pelbagai aktiviti bersama komuniti yang di anjurkan Pihak PI Felda Sri Ledang seperti Program senamrobik bersama KOSPEN Bukit Serampang, Program Advokasi KDB-telur beracun dan musang berjanggut,dan Penerangan dan pendedahan kepada orang ramai pentingnya kawalan penggunaan internet di media social.

Program Kursus E-Usahawan Pada 18 November 2017

Program keusahawanan ini di lakukan di PI Felda Lenga anjuran MDEC. PI Felda Sri Jaya dan PI Felda Sri Ledang menyertai program bagi mempelajari kursus tersebut bagi kelas keusahawanan akan datang di kawasan masing-masing.

Lawatan Dari Ibu Pejabat Mcmc Ke Pusat Internet Felda Sri Jaya Pada 24 November 2017

Lawatan ibu pejabat MCMC, dari Kuala Lumpur,En. Fairuz dan Krew untuk menilai kebersanan PI Felda Sri Jaya, Felda Lenga dan Felda Sri Ledang kepada komuniti dan masyarakat sekeliling untuk di audit.