dikendalikan oleh   

Pi SriJaya Aktiviti March 2016

Program bersama Belia Di Mesyuarat Agung MBFM Felda Sri Jaya dan Sesi Pengenalan Pusat Internet Felda Sri Jaya. ~ 27 March 2016 (Malam)

Pada 27 March 2016, bermula dari jam 8.30 Mlm- 10.30 Mlm hari Ahad bertempat di Bangunan Gerakan Wanita bersebelahan Pi Sri Jaya, Bukit Serampang telah dianjurkan Program bersama anjuran dari Pihak PI Sri Jaya dengan Ahli Belia Felda Sri Jaya. Seramai 40 orang telah hadir ke majlis tersebut. Antara program yang di jalankan adalah Sesi pengenalan Pusat Internet dan juga Kelas KDB. Majlis penyampaian hadiah juga di buat bagi program yang dijalankan oleh pihak PI iaitu Pertandingan membuat Video Selepas dari kelas Windows Movie Maker yang diajarkan di Pi Sri Jaya.Penyampaian hadiah di sampaikan oleh Ketua Belia MBFM Cawangan Ledang dan di iringi oleh Penyelia Pusat Internet Felda Sri Jaya.